Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang

Pelawaan kini dibuka kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Jabatan Teknologi Maklumat, Zakat Pulau Pinang

Jawatan Kosong Terkini 2015 di Zakat Pulau Pinang

Jawatan:-

1. PEMBANTU EKSEKUTIF ZAKAT, PENYELIA KAUNTER

i. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

1. Pembantu Eksekutif Zakat. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang masih belum bekerja / mempunyai pekerjaan tetap yang memiliki Diploma dalam dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

2. Penyelia Kaunter. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang masih belum bekerja / mempunyai pekerjaan tetap yang memiliki STAM / Diploma dalam dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Terbuka juga kepada pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran dari mana-mana Institut Pengajian.

ii. Calon-calon mestilah lulus sijil SPM / SPMV dengan memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk Ujian lisan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Calon-calon juga perlu mempunyai pengetahuan asas tentang agama khususnya ilmu berkisar pengurusan zakat.

2. KERANI ZAKAT / TELEFONIS

i. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Calon-calon mestilah lulus sijil SPM / SPMV dengan memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk Ujian lisan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;

iv. Boleh mengendalikan komputer dan berkomunikasi dengan baik serta mesra pelanggan.


CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengisi Borang Permohonan Jawatan dan mengemukakan surat permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip akhir, kad pengenalan, sijil kelahiran, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) selewat-lewatnya pada 15 Februari 2015 kepada :

Klik link di bawah logo untuk untuk memperolehi Borang Permohonan Jawatan atau di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang. Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja akan diproses. Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari Zakat Pulau Pinang 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.

Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang - https://newjawatan.blogspot.com/


Jawatan Kosong di Zakat Pulau Pinang

Post a Comment

0 Comments