Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaysia Pahang UMP sebagai :-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan :-

1. PENASIHAT UNDANG-UNDANG - Gred 48 / 52 / 54 / VK7 / VK6 

Calon-Calon yang berumur 40 - 50 tahun adalah diberi keutamaan.


1. Kecemerlangan Akademik
Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana & Ijazah Kedoktoran (PhD) adalah satu kelebihan. Mendapat “command of respect” dari kalangan rakan sejawat. Mempunyai rekod cemerlang dalam pengurusan serta cemerlang dalam khidmat profesional.

2. Kebolehan Memimpin & Mengurus
Mempunyai people skill yang boleh menerajui tranformasi. Mempunyai gagasan, visi dan misi selaras core business Universiti serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kerja cemerlang.

3. Reputasi
Menjadi role model kepada semua peringkat staf. Mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik dan dihormati berdasarkan kredibilitinya oleh semua masyarakat kampus, organisasi di mana dia berkhidmat dan masyarakat luar.

4. Kemahiran
Komunikasi dan Interpersonal Yang Mantap.Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap dalam mentadbir pelbagai lapisan masyarakat kampus yang multicultural.

5. Personaliti
Seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai semangat dalaman yang kuat untuk memacu kecemerlangan Universiti.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my (link disediakan di bawah). Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.


Tarikh Tutup : 23 September 2014

Post a Comment

0 Comments