Permohonan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seperti berikut :
Jawatan :-
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH JA29
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17
4. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
5. PEMBANTU PENILAIAN W17
6. PEMBANTU OPERASI N11
7. PENGHANTAR NOTIS N11
8. PEMBANTU AWAM H11
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17
4. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
5. PEMBANTU PENILAIAN W17
6. PEMBANTU OPERASI N11
7. PENGHANTAR NOTIS N11
8. PEMBANTU AWAM H11
CARA MEMOHON :
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu
http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 3, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya.
ii. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak
kelahiran Negeri Melaka.
iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang
disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan akan ditolak.
iv. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan
perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini
dan dihantar melalui majikan masing-masing.
v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran
32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang
dipohon.
vi. Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem
RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN
yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.
vii. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Lot F51 & F52, Tingkat 1,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)
Tarikh Tutup : 14 November 2014
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Terkini
0 Comments