Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Jawatan:-
1. PEGAWAI KERJA AKAUN GRED 19 (1 Kekosongan)
Syarat Kelayakan:-
i. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan dari mana-mana Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii. Mempunyai kemahiran ‘interpersonal’ yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan: dan
iv. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):-
Pegawai yang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Kerani adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Kerja Akaun (Gred 19), tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila disahkan dalam perkhidmatan dan;
i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Kerani (Akaun) sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
iii. lulus SPM/SPVM atau setaraf
iv. lulus Peperiksaan Kenaikan Pangkat (jika ada); dan
UMUR : 21 tahun ke atas mulai tarikh tutup iklan.
TARAF JAWATAN: Tetap
Cara Memohon:-
1. Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman bekerja dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan;
2. Perhatian kepada pemohon:-
a. Semua permohonan dari pegawai-pegawai Kerajaan/Swasta yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pemohon mematuhi syarat/peraturan ini permohonan akan ditolak;
b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;
c. Hanya permohonan yang lengkap dari pemohon berkelayakan akan didaftarkan dan permohonan yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga;
d. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga: dan
e. Pihak PERHEBAT tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.
3. Permohonan beserta dokumen yang lengkap hendaklah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat seperti di bawah:-
Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh
Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Bahagian Sumber Manusia Dan Pentadbiran)
4. Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2014 (Jumaat)
Kerja Kosong PERHEBAT Terkini 2014-s
0 Comments