Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Johor seperti berikut:-
Jawatan:-
1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (LELAKI/PEREMPUAN) - 6 kekosongan
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;- keutamaan kepada penduduk Negeri Johor yang menetap dan beralamat di Daerah Kota Tinggi
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang
berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,
membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79cm dan semasa
menarik nafas 84cm;
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) Diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan; dan
(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 3(c)(i) atau (ii) di atas hendaklah lulus
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tarikh Tutup : 12 November 2014
Kerja Kosong Negeri Johor
0 Comments