Warganeraga Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Butiran terperinci mengenai jawatan ini ialah :
Jawatan:-
1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
Syarat Lantikan:-
A. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
B. Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian
perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [ Gaji Permulaan :
RM 1,667.08 ]
C. Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam
bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
dengannya. [ Gaji Permulaan : RM 1,892.68]
D. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
6. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong
Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahka dalam perkhidmatan dan:
(1) mempunyai kelayakan di atas; atau
(2) lulus Peperiksaan Khas; dan
(3) berumur kurang dari 54 tahun tarikh lantikan
Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun
pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku
tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
Cara Memohon
(a) Borang Permohonan boleh didapati daripada Majlis Sukan Wilayah
Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
atau dengan memuat turun borang di bawah logo
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu Salinan Sijil, Kad Pengenalan dan
sekeping gambar berukuran pasport.
Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan selewat-lewatnya pada 7 November 2014.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Alamat Penghantaran
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti d bawah :
Pengarah
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah
Presint 2
62100 PUTRAJAYA
• Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga bagi jawatan ini.
• Majlis Sukan Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon calon yang akan menghadiri temu duga tersebut.
• Hanya calon yang Berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.
Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan


0 Comments