Permohonan adalah dipelawa daripada
Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan
di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Jawatan Kosong Terkini 2015 di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
Jawatan :-
1. PEMBANTU AWAM H11
2. PEMANDU KENDERAAN H11
Syarat Kelayakan Jawatan 1:-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
(iii)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kelayakan Jawatan 2:-
Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a. Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
b.
lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan
(P)]; dan
c. berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(iii)
Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara memohon :-
Jawatan adalah bertaraf Contract of Service selama satu (1) tahun dan diperbaharui berdasarkan prestasi tahunan. Sila hantar resume dan sekeping gambar berukuran paspot sebelum atau pada 30 January 2015 ke nikizyan@moa.gov.my ataupun ke alamat di bawah.
PENGARAH
Taman Botani Negara Shah Alam
Bahagian Pembangunan Industri dan Ekonomi Bumiputera
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 6922/23
Faks: 03-5510 0922
s - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
0 Comments