Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam jawatan seperti berikut : 

Jawatan Kosong Terkini 2015 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Jawatan

1. PAKAR GENDER (GENDER EXPERT)

Taraf : Kontrak

Kekosongan : Satu (1)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Gred Jawatan : S54

Lokasi : Putrajaya

Kelayakan Diperlukan:-

Calon perlu mempunyai kreadibiliti dalam isu-isu gender untuk bersama-sama dengan Bahagian Dasar KPWKM untuk merancang, menggubal dan menilai semula program- program serta inisiatif berkenaan isu gender agar ianya mencapai outcome yang menyeluruh.

Antara tugas dan tanggungjawab gender expert KPWKM adalah seperti:
(a) Menasihat dan memberi pandangan kepada Pengurusan KPWKM dalam isu-isu gender;
(b) Menasihat dan menjadi fasilitator dalam knowledge building berkenaan isu-isu gender untuk memastikan kesinambungan dan keberkesanan pelaksanaan pelbagai program dan projek yang dirintis oleh KPWKM;
(c) Membina jalinan kerjasama yang strategik dengan agensi dalam dan luar negara termasuk NGO; dan
(d) Memberi advokasi serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para perancang, penggubal dan pelaksana dasar dan program dalam aspek kesaksamaan gender melalui program latihan.
TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan mestilah disertakan dengan resume dan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
ii. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
iv. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Pengurusan Perkhidmatan
Aras 34, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
(up : Puan Saliza binti Mokhtar)
atau melalui email ke
v. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 03-8323 1121 (Puan Saliza)/ 03-8323 1124 (Puan Haiza)/ 03-8323 1145 (Puan Hasmidahwati)
vi. Tarikh tutup iklan pada : 6 Februari 2015 (Jumaat)


Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Post a Comment

0 Comments