Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di MAIS.
Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Jawatan:-
1. PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR TIMUR TENGAH DG41
2. WARDEN ASRAMA S17
2. WARDEN ASRAMA S17
SYARAT-SYARAT JAWATAN:-
a) Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Timur Tengah (DG41)
(Lelaki)- 1 Kekosongan
Penempatan : Pejabat HEP Selangor Timur Tengah, Mesir
Syarat Lantikan:-
: (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidangberkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggitempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalabidang pendidikan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(v) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat-syarat Utama:-
: (i) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(ii) Berkebolehan bertutur Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan menulis dengan baik.
(iii) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam tugas pengurusan
dan pentadbiran pejabat/pengurusan kewangan/pengurusan sumber
manusia/pengurusan majlis, perhubungan awam dan pengurusan hal ehwal pelajar.
(iv) Mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkaitan
bimbingan agama Islam. Contohnya berkebolehan mengetuai dan membimbing dalam program-program ibadah dan usrah serta berkebolehan memberi bimbingan dan kaunseling
dan menyampaikan tazkirah.
(v) Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai
Perwakilan Luar Negara, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
Syarat-syarat Umum:-
: (i) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41)atau setaraf:
a) Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan dan
telah berkhidmat tidak kurang 5 tahun; atau
b) Berjawatan kontrak dan telah mempunyai pengalaman tidak
kurang 5 tahun.
(ii) Mencapai markah minimum 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
atau setaraf dengannya bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2012, 2013 dan 2014).
(iii) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.
(iv) Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing.
(v) Pegawai mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit
berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
b) Warden Asrama (S17)
(Lelaki)- 1 Kekosongan
Penempatan : Pejabat HEP Selangor Timur Tengah, Mesir
Syarat Lantikan
: (i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan
mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh
Kerajaan; dan
(iii) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat-syarat Utama:-
: (i) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(ii) Mempunyai asas bertutur Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan menulis dengan baik.
(iii) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam tugas pengurusan
dan pentadbiran pejabat, pengurusan fail, pengurusan-pengurusan surat masuk
dan keluar keluar, dokumen-dokumen pengurusan aset dan pengurusan inventori.
(iv) Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negara, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
Syarat-syarat Umum:-
: (i) Pegawai Kumpulan Sokongan (Gred 17) atau setaraf samada:
a) Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat tidak kurang 5
tahun; atau
b) Berjawatan kontrak dan telah mempunyai pengalaman tidak kurang 5 tahun.
(ii) Mencapai markah minimum 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
atau setaraf dengannya bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2012, 2013 dan 2014).
(iii) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.
(iv) Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing.
(v) Pegawai mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
CARA MEMOHON:
5.1 Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG MAIS dan SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMOHON seperti mana yang disediakan.
5.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumendokumen sokongan seperti berikut:
- Senarai tugas pegawai yang terkini;
- Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;
- Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
- Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT atau setaraf dengannya (Tahun 2012,2013 dan 2014) yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
- Satu (1) salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan yang disahkan; dan
- Lampiran A – Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang
dipohon (jika perlu)
5.3 Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan;
5.4 Pemohon hanya boleh memohon satu jawatan sahaja; dan
5.5 Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
Setiausaha,
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Tingkat 9, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang telah dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
TEMUDUGA
Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 April 2015 (Isnin).

Jawatan Kosong Terkini Selangor
0 Comments