Jawatan Kosong di Marina Putrajaya Sdn. Bhd

Bagi memenuhi aspirasi untuk menjadi produk pelancongan yang terbaik di Putrajaya, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menguruskan Cruise Tasik Putrajaya dan Marina Putrajaya), sedang mencari calon-calon yang kreatif dan berinovasi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Jawatan Kosong Terkini 2015 di Marina Putrajaya Sdn. Bhd


Jawatan:-

1. EKSEKUTIF JUALAN

2. PEMBANTU TEKNIK

3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN



1. EKSEKUTIF JUALAN

Gaji dan Elaun: Minimum RM 2,150.00

Taraf: Tetap/Kontrak

Bidang Tugas:-

• Membantu mengurus perancangan, pembangunan dan pelaksanaan Pelan Promosi, Jualan dan Pemasaran MPSB.

• Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan:-

• Sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang jualan atau pemasaran.

Pengalaman:-

• Sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Jualan dan Pemasaran pengkhususan dalam sektor Agensi Pelancongan (Travel Agent), Kerajaan (Government) dan Pendidikan (Education).

Syarat-Syarat Lain:-

• Mempunyai personaliti yang menarik.

• Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

• Fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

• Boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri (kereta atau motorsikal).


2. PEMBANTU TEKNIK

Gaji dan Elaun: Minimum RM 1,800.00

Taraf: Tetap/Kontrak

Bidang Tugas:-

• Memastikan keselamatan dan operasi ‘Temporary Boat Maintenance Facility’ (TBMF) berada di dalam keadaan yang memuaskan dan melaporkan kemajuan kerja pembaikan mana-mana bot atau perahu atau sebarang aktiviti yang berlaku di ‘Temporary Boat Maintenance Facility’ (TBMF).

• Melaksanakan tugas-tugas lain seperti  yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan:-

• Sekurang-kurangnya Sijil atau Diploma Teknologi Kejuruteraan Marin/ Elektrikal

Pengalaman:-

• Sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Marin/Elektrikal.

Syarat-Syarat Lain:-

• Mempunyai personaliti yang menarik.

• Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

• Fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

• Boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri (kereta atau motorsikal).


3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Gaji dan Elaun: RM54.00 / hari

Taraf: Kontrak

Bidang Tugas:-

• Pembantu Kewangan

• Junior Grafik

• Juruteknik

• Pembantu Operasi

Kelayakan:-

• Sekurang-kurangnya lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau

• Sijil,Diploma,atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Grafik, Elektrikal,Teknologi Marin (manamana yang berkaitan)

Syarat-Syarat Lain:-

• Mempunyai personaliti yang menarik.

• Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

• Fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

• Berpengalaman dalam menguruskan majlis dan acara serta perkhidmatan front counter akan diberi keutamaan.

• Boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri (kereta atau motorsikal).


Sekiranya anda memiliki kriteria-kriteria yang kami cari dan bersedia untuk bekerja dengan
penuh dedikasi ke arah merealisasikan aspirasi kami, sila hantarkan resume anda ke
hr@cruisetasikputrajaya.com dengan menyatakan jawatan yang dipohon di bahagian
subjek e-mel. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Tarikh Tutup Permohonan: 31 May 2015




Jawatan Kosong Terkini di Marina Putrajaya Sdn. Bhd

Post a Comment

0 Comments