Permohonan adalah dipelawa daripada
Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri temuduga terbuka
(Ujian Lasak) jawatan berikut:
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27 (KONTRAK)
2. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)
2. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)
Maklumat Lanjut dan Syarat Kelayakan :-
1. JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
LELAKI/PEREMPUAN (BUJANG SAHAJA)
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
GRED JAWATAN/GAJI : GRED N27
RM1,362.00 – RM5,092.00
SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.67m dan tidak melebihi 1.83m bagi
lelaki dan 1.62m tidak melebihi 1.83m bagi wanita tanpa sepatu;
(ii) Memenuhi ukuran Indek Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 25;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
2. JAWATAN : PEMBANTU PENGUATKUASA
LELAKI/PEREMPUAN (BUJANG SAHAJA)
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
GRED JAWATAN/GAJI : GRED N17
RM928.00 – RM3,375.00
SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
(b) Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia mengikut sistem terbuka
dengan mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran termasuk
mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat mata
pelajaran yang lain termasuk subjek Bahasa Inggeris.
(c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.67m dan tidak melebihi 1.83m bagi
lelaki dan 1.62m tidak melebihi 1.83m bagi wanita tanpa sepatu;
(ii) Memenuhi ukuran Indek Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 25;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
SATU UJIAN LASAK TERBUKA AKAN DIADAKAN PADA TARIKH DAN
TEMPAT BERIKUT:
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI
03-26179609/9612/9613/9614
UMUR
1. Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 (Kontrak)
Calon-calon hendaklah berumur 25 tahun (minimum) dan tidak melebihi 35
tahun (maksimum) pada tahun 2015.
2. Jawatan Pmbantu Penguatkuasa Gred N17 (Kontrak)
Calon-calon hendaklah berumur 21 tahun (minimum) dan tidak melebihi 25
tahun (maksimum) pada tahun 2015.
CATATAN:
Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat ujian lasak sahaja akan
dipanggil ke peringkat seterusnya.
SILA BAWA DOKUMEN BERIKUT SEMASA UJIAN LASAK TERBUKA:
(i) KAD PENGENALAN (ASAL);
(ii) SIJIL KELAHIRAN (ASAL);
(iii) SIJIL STPM, STAM, DIPLOMA, SPM (ASAL);
(iv) SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (ASAL);
(v) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT;
(vi) SATU SALINAN/FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN UNTUK SEMUA DOKUMEN
DI ATAS;
(vii) MEMAKAI T-SHIRT WARNA PUTIH, SELUAR PANJANG SUKAN (TRACK BOTTOM)
DAN KASUT SUKAN.
Kegagalan tuan/puan menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas
boleh mengakibatkan tuan/puan dihalang untuk menjalani ujian lasak
terbuka ini.
Kerja Kosong Terkini DBKL
0 Comments