
Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar Skim MySalam Perlindungan Kesihatan Masyarakat bermula Februari hingga 31 Mac depan.
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang
bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8
juta individu rakyat Malaysia.

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga
14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan,
hospital tentera, dan hospital university.
Kategori Bukan BSH
Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga
layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk
maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana
hospital kerajaan, universiti atau tentera.
Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat
insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana
permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama
ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private
Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial
yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern
Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara
Malaysia.
Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.
Senarai Penyakit Yang Mendapat Perlindungan MySalam
Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pelecuran Tahap Ketiga
Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS
bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi
tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di
laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk
mySalam yang terdekat.
0 Comments